Friday, May 8, 2009

TAK DER MODAL NAK NIAGA CNI?? PELIK??

Berapa modal diperlukan ?? Saya tak ada modal !
Emm.. Itulah rungutan yang biasa kita dengar daripada seseorang terutama 
kaum bumiputera kita apabila bercerita tentang bisnes. Modal.. modal.. 
modal...


Sebenarnya modal yang paling besar adalah kemahuan dan keinginan kita. 
Otak kita dikira sebagai anugerah modal terbesar yang Tuhan kurniakan, 
maka selagi otak kita ok, maknanya modal asas telah tersedia. Untuk buat 
CNI, masuk ahli baru RM70.00 dan jika melalui online pula hanya RM30.00 
sahaja. Takkan tak mampu... Di sini anda tidak perlu buka kedai atau premis 
perniagaan, tak perlu daftar dengan kerajaan seperti ROB atau ROC. 
Mungkin selebihnya jika anda ada sekitar RM200.00 - RM300.00, itu sudah 
dikira cukup baik kerana mereka yang memulakan perniagaan dengan 
modal puluhan ribu pun belum tentu mencapai tahap kejayaan seperti 
leader-leader CNI. Bahkan, ramai yang membuat pinjaman dengan MARA 
dan institusi kewangan untuk berniaga pun hari ini ramai juga yang tak 
boleh bayar balik hutang bahkan ada yang dah bankrup.


Sekiranya dengan modal sekecil ini anda jadikan alasan untuk tidak boleh 
berniaga melalui CNI, sebenarnya anda juga tidak mampu untuk bekerja 
makan gaji. Kerana nak mulai kerja makan gaji pun kita juga mengeluarkan 
modal asas sekitar RM200.00 hingga RM500.00 sebab dah kerja sebulan 
baru dapat gaji, jadi nak makan apa sebelum tu ? Ada pula yang sanggup 
pinjam sani sini dengan saudara dan kawan-kawan.


Jadi, jelaslah di sini bahawa untuk buat CNI tidak perlu modal kan ! Jika nak 
cari RM70.00 pun masalah, saya tidak percaya sebab selama hidup ini anda 
makan apa ? Pakai apa ? Tinggal kat mana ? Jika selama hidup ini mak 
bapak yang tanggung, maka tak salah kan jika nak masuk ahli CNI tu pun 
boleh juga inta denga mereka, cakaplah nak buat modal berniaga... yang 
dok minta nak pergi tengok wayang pun diorang bagi, takkan untuk 
berniaga dia tak bagi !!


So, selamat beniagalah saya ucapkan..

No comments: